Tuesday, March 24, 2009

SEDIHNYA...kucing mati

0 comments

sudah amat lama aq tak menulis di blog ni...tapi hari ni terpaksa luahkan juga kerana berita yg aq br tahu...

masih ingat lagi tarikh 19 mac 09 aq pulang ke rumah baruku di Perak....disambut dgn kucing kesayanganku.....memang x disangka itulah kali terakhir aq bermain dan bermesra dengan kucing aq...sedihnya bila teringat saat aq cakap bye -bye pada kucing tu masa aq nak balik itho semula...masih teringat aq tgk dier ikut aq pergi rumah bawah masa aq sibuk mengangkat barang2 dari rumah lama...seolah-olah xnak berenggang dengan aq...

sedihnyer..
sedihnyer..
sedihnyer..

xdpt nak teruskan menulis kerana aq terlalu sedih.................................................

Thursday, July 31, 2008

adakah letih itu fitrah?

2 comments


hampir seminggu program bersama adi putra berakhir..kini timbul pula program baru iaitu Karnival Aktiviti Pelajar...

memang kalau diikutkan badan rasanya masih mampu mengikuti rutin harian yang sibuk ini, namun pengurusan masa membataskan pergerakan...terasa ibarat 24 jam kini sudah tidak sama lagi seperti dulu...ia bergerak semakin pantas!

letih itu lumrah bagi manusia yang bekerja namun adakah ia satu fitrah manusia? ada antara kita yang mengelak dari melakukan kerja atau mencari sesuap nasi dengan mengharapkan bantuan orang lain,....dengan alasan mereka sudah letih....

jadi,..
adakah letih adalah sikap golongan yang berputus asa? meskipun pemimpin negara pun akan mengeluh kerana mereka merasa letih, namun usaha tidak berhenti di situ saja,,,.....

baru kita sedari bahawa antara letih dan berputus asa itu adalah sesuatu yang berbeza.....semua orang layak untuk merasa letih kerana itu fitrah...tapi semua orang tak layak untuk berputus asa...

kerana sesungguhnya Allah ada berfirman supaya kita jangan berputus asa mengharapkan rahmatnya....

(",)

Monday, July 21, 2008

adi putra dan uthm

1 comments


salam,

hari ni adi putra datang ke UTHM. Bersemuka dengan adi dan mendengar kisah hidup 9 tahunnya is what a experience! ;)

sukar dipercayai kanak-kanak sekecil itu mampu menyelesaikan masalah logaritma dengan mudah dan pantas.

malah, keperibadiannya yang berlandaskan agama Islam memang membuatkan saya terpegun dan mengagumi akan kekuasaan Tuhan yang mengurniakan karamah kepada hamba-Nya yang dikehendaki...

fitrah Adi sangat berbeza berbanding kanak-kanak lain... kaedah-kaedah matematik beliau bersangkutan dengan alam membuatkan kita semakin dekat dengan Tuhan...

hmm, adi akan berada di UTHM selama 2 hari disini...harap banyak input yang akan beliau sampaikan

;)

Saturday, July 12, 2008

"on every clouds, there's the silver lining"

1 comments


kadang2 tak semua yang kita impikan jadi kenyataan.. teringat nasihat lecturer dalam kuliah bahawa katanya :


kita mestilah terus maju ke hadapan kerana masa lalu tidak boleh diubah, maka belajarlah menyesuaikan diri dan menghasilkan sesuatu yang baru......


(",)

kalau difikirkan ada benarnya apa yang disampaikan itu,... kita tidak boleh ubah fitrah kita yang telah termaktub sejak azali lagi...

TETAPI , kita mampu menempuhi dan melakukan pembaharuan dalam diri kita untuk masa mendatang....

bak kata pepatah inggeris :

life must go on.. (",)

HANCOCK

0 comments


2 jam setengah;

lebih kurang 2 jam setengah masa dihabiskan untuk menonton wayang cerita ini...dan kesimpulan filem ini adalah memuaskan...2459169133_7da220f06c

babak best;

babak yang menarik perhatian dalam cerita ini pada ketika watak utama (hancock) berjumpa kekasih lamanya... amat simbolik sekali dan menarik perhatian apabila mereka secara FITRAH telah ditakdirkan untuk bersama...namun DUGAAN tetap timbul buat mereka berdua...

(",)

cerita ini amat menarik untuk ditonton kerana ia membawa perspektif berbeza pandangan orang ramai terhadap seorang wira... dan pandangan wira itu kepada dirinya sendiri... kerana seorang wira itupun hanyalah seorang manusia biasa....

jadi,

JOM TENGOK WAYANG--the hancock

awal kalam..

131336zswm14wbk4FITRAH,

satu perkataan yang sangat unik.... tak terlintas sebenarnya nak menulis apatah lagi membuat blog seperti ni. Namun, perkataan FITRAH terlalu menarik untuk dikupas dan dikongsi bersama-sama...

(",)

FITRAH-kita,

agak sukar sebenarnya bagi kita untuk mengakui bahawa fitrah kita adalah sama... dan tuhan telah mencipta kita dengan fitrah sebagai seorang manusia...fitrah yang merupakan aturcara hidup kita...

namun demikian,

NASIB bukanlah fitrah...ianya adalah intrepetasi seorang manusia yang mudah mengalah... dan mengalah BUKAN fitrah manusia....

(",)

dalam Quran ada menyebut :

On no soul doth Allah place a burden greater than it can bear. It gets every good that it earns and it suffers every ill that it earns


dan telah jelas dari ayat di atas, tuhan TIDAK akan meletakkan beban yang tidak mampu ditanggung fitrah seorang manusia...

dan kadang-kadang ada perkara yang kita tidak suka sebenarnya baik untuk kita dan juga sebaliknya..

seperti tercatat dalam Quran:

But it is possible that ye dislike a thing which is good for you, and that ye love a thing which is bad for you. But Allah knoweth and ye know not. (216)


maka, tidak harus bagi kita untuk mengeluh dengan dugaan yang menimpa kita,...kerana antara KELUHAN dan KESABARAN adalah suatu yang berbeza..

(",)

awal kalam, diharapkan blog ini dapat membolehkan kita berkongsi fitrah kita sesama manusia....kerana kita manusia yang fitrahnya selalu terlupa...

termasuk saya ;)

hari BUMI kita

0 comments


the earth... bumi...bhumi...dunia..our world...

alam ini penuh dengan keindahan dan kecantikan yang tak tergambar dengan kata-kata. Ada orang kata, a picture worth a thousand words...
(",)

misteri alam ini bermula sejak sebelum adam dan hawa lagi...walaupun sedalam mana kita kaji, ianya masih ibarat setitis tinta yang jatuh di lautan luas...

dan setiap kali,
keindahan alam ciptaan tuhan ini tidak pernah mengecewakan penghuninya yang merakamkan detik-detik indah di dunia ini dalam memori mereka..

dan tidak hairanlah, kecantikan dunia ini bisa menarik perhatian semua orang...
(",)

terlalu banyak tempat yang menarik yang boleh ditangkap dan disimpan dalam filem kamera begitu juga terlalu banyak peristiwa untuk dirakamkan sepanjang hidup kita...

photography is my passion (",) because I love to see God's beautiful creation...