Thursday, July 31, 2008

adakah letih itu fitrah?


hampir seminggu program bersama adi putra berakhir..kini timbul pula program baru iaitu Karnival Aktiviti Pelajar...

memang kalau diikutkan badan rasanya masih mampu mengikuti rutin harian yang sibuk ini, namun pengurusan masa membataskan pergerakan...terasa ibarat 24 jam kini sudah tidak sama lagi seperti dulu...ia bergerak semakin pantas!

letih itu lumrah bagi manusia yang bekerja namun adakah ia satu fitrah manusia? ada antara kita yang mengelak dari melakukan kerja atau mencari sesuap nasi dengan mengharapkan bantuan orang lain,....dengan alasan mereka sudah letih....

jadi,..
adakah letih adalah sikap golongan yang berputus asa? meskipun pemimpin negara pun akan mengeluh kerana mereka merasa letih, namun usaha tidak berhenti di situ saja,,,.....

baru kita sedari bahawa antara letih dan berputus asa itu adalah sesuatu yang berbeza.....semua orang layak untuk merasa letih kerana itu fitrah...tapi semua orang tak layak untuk berputus asa...

kerana sesungguhnya Allah ada berfirman supaya kita jangan berputus asa mengharapkan rahmatnya....

(",)

2 comments:

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

BAGUSLAH AMIR

Anonymous said...

have fun ameer
http://shalubettycom.blogspot.com